___________________________________________
Nama saya Shamira Binti Mohammad Nasir berumur 24 tahun berasal dari Kedah.
Berkahwin, belum ada rezeki anak 😊
Sebelum join TWB saya adalah suri rumah sepenuh masa. Sebab suami tak izinkan saya bekerja.
Pernah buat pelbagai pekerjaan dan pekerjaan terakhir saya adalah operator pengeluaran di sebuah kilang bertempat di Hitech Kulim, Kedah.
Itulah keja saya dulu.. Ambik barang, kalau tinggi kena panjat di celah-celah rak tu. Tangga? Kongsi 10 orang tak sempat nak ambik kejar output.. Siapa biasa keja kilang dia faham.. 🤣
Ini kalau mak mentua nampak tak hengeen dia nak buat menantu 😆
Sekarang..
Alhamdulillah.. Saya adalah a proud working at home wife.
Okay.. Itu baru mukadimah tentang saya.. Boleh saya teruskan tak? 😃
Ok now, serba sedikit tentang perjalanan saya sebelum bergelar beautician TWB.
Saya join training TWB pada 25 Mac 2018 di Bangi di rumah MAS. U all tahu tak? Ketika saya buat keputusan nak join TWB saya tak ada modal dalam simpanan walaupun Rm100. Sedih sangat bila ingat balik ðŸ˜ðŸ˜
Dalam keadaan tak ada modal saat itulah saya betul-betul berserah & bergantung sepenuhnya pada Allah dan yakin 100% Allah akan bantu saya. Setiap hari saya positifkan diri dengan ayat
"Antara tanda Allah nak beri sesuatu pada hambanya adalah dengan gerakkan bibir kita untuk meminta"
Dan..
Bayangkan lagi 5 hari nak training dalam tangan saya masih kosong macam-macam saya fikir!
Tapi..! Tapi kan..
Allah tu baik sangat! Dalam keadaan saya serabut Allah hantar seseorang untuk bantu saya, dia bukan sesiapa jauh sekali keluarga & adik beradik tak ada pertalian darah langsung!
Dari Kedah ke Bangi sorang-sorang tau.. Rasa jauh jer perjalanan layan feeling padahal 4 jam je pun naik ets.
Okay.. Perjalanan saya tak berhenti disini. Setiap orang Allah beri ujian lain-lain.
"Twb Penyelamat Kewangan Keluarga"
Kenapa penyelamat? TWB ni bomba ke? Mesti korang tertanya-tanya kan? Hehe..
Seminggu lepas berpuasa suami saya berhenti kerja, atas sebab yang dia sendiri tak boleh tahan.
Walaupun gaji suami merupakan pendapatan utama keluarga kami tapi Alhamdulillah tanpa gaji utama tersebut kami masih survive sehingga ke hari ini, suami belum dapat kerja di mana-mana tempat pun..
semua nak tahu ke macam mana kami survive? angkat tangan!
Okay.. sy teruskan.. yg lain sy tau.. tengah cari emotion angkat tangan la tue.
Macam mana kami survive?
Tak susah pun.. Bila kita ada ilmu & skills. Percayalah senang gila nak buat duit dengan TWB.
Betul ke?
Betul uolss.. Bayangkan suami berhenti macam tu jer.. Mana dapat gaji bila dia tak bagi surat
Berhenti pulak dalam bulan puasa.. Nak buat persiapan raya lagi, sewa rumah, duit motor,duit kereta itu, ini macam-macam tau.. Bayangkan kalau tak kuat? Boleh perang dunia dengan suami.
Tapi.. Ntahlah bila kita ada sesuatu sebagai backup kita takkan takut nak hadap tu semua.. Saya tak marah cuma macam tak percaya suami berhenti kerja, ceerr uolss yang kawen bayangkan suami korang benti kerja apa perasaan?
Takut?
Gelisah?
Rasa nak mati??
Jangan pernah ada perasaan macam ni sebab Allah yang bagi rezeki kat kita. Bukan bos kat tempat kerja.
Berbekalkan ilmu dan skills yang ada saya dan suami mula susun strategi jeng! Jeng!
Saya mula buat promosi spa dan collect cust banyak-banyak.
Suami pulak saya ajar cara nak promote kepakaran beliau dalam FB. Murah rezeki suami saya sekali up jer berpuluh komen mintak dibantu, suami saya mekanik serba boleh semua benda boleh repair.. Di kesempatan setiap kali cust mintak datang rumah, saya mesti akan ikut dan promote pada orang perempuan yang ada dalam rumah tu.
Malu?? Lagi tebal muka dan malu kalau mintak duit kat orang..
Rumah kami dibahagi dua, sebelah spa sebelah bengkel suami
Mekanik VS Beautician TWB
Agak-agak korang yang mana duit masuk paling laju?
Of course lah TWB! Setengah jam dah dapat duit tau..
Mekanik? Tunggu lah 3 hari baru duit masuk..
Pernah tau sesak sangat tak ada duit.. Lauk dah habis.. Apa nak makan? Ya Allah sedih ingat balik. Tapi nak cerita jugak..
Tahu apa saya buat? Saya buat offer facial murah-murah tapi bersyarat datang rumah sebab duit minyak kereta pun tak mampu nak isi pergi rumah cust. Tahu apa jadi??
Bersusun orang book slot dengan saya. Penat memang penat tapi berbaloi.
Inilah cara saya survive..
Orang perempuan korang kena ada satu bisnes backup yang boleh dapat instant cash!
Memang kita bersangka baik dengan Allah mintak dijauhkan dari ujian yang kita tak nak. Tapi andai kata terjadi jugak pernah bayangkan tak apa nak buat bila kita tak ada apa-apa?
TWB sebagai backup
- suami hilang kerja
- suami meninggal
- suami anda tak jumpa jalan pulang ke rumah
Yeah.. kalau kita nak ubah hidup demi anak.. jangan jadikan anak sebagai alasan.
Banyak sangat tau kalau nak cerita macam mana TWB sebagai penyelamat kewangan keluarga saya, masa mula-mula kami suami isteri kerja sendiri strugle sangat..
Walau rasa susah tapi banyak lagi hikmah yang Allah beri disebalik ujian ini, antaranya..
✔ Nikmat kebebasan masa bersama.
Kalau dulu.. Nak buat apa & pergi mana pun mesti kena tunggu suami cuti.. Huhu.. Kadang tak dapat cuti berhuhu jelah.
okay semua.. nak tau satu rahsia?
Rezeki TWB nih bukan setakat kami berdua jer tapi dapat kongsi bertiga..
Nih rahsia yang saya tak pernah cerita pada sesiapa walaupun di social media hanya keluarga & mentor saya ja tau.. Rakan-rakan pun belum tahu kecuali yang rajin datang rumah..
Dengan duit TWB saya dapat sara seorang anak tahfiz di kg saya.. Umur 15 tahun macam adik dengan kakak jer dengan saya tapi dia anggap saya macam mak dia.
Mungkin doa dari anak suci macam ni rezeki saya dan suami bertambah..
Baru-baru ni suami dapat buka bengkel sendiri, sujud syukur saya.. Walaupun kecik syukur.. Ini permulaan yang baik.
Tapi sekarang dah tak rahsia lah.
Yer.. anak ni tak ada masalah.. cma parent ja yg bermasalah.
Shamira,
Beautician Alumni TWB
_________________________________________
Jika anda ingin menyertai team THE WALKING BEAUTY,
hubungi saya di 010-9677884 (Fila)
untuk maklumat lanjut.
No comments:
Post a Comment