_______________________________________________________
First of all, saya perkenalkan diri saya dulu. Saya Aina Syahira, dari Kuching Sarawak.
Saya merupakan ahli TWB yang baru join tengah bulan September tahun lepas. Umur 25 tahun, tetapi memikul tanggungjawab yang sangattttt besar & komitment yang sangat tinggi.
Saya dilahirkan di dalam keluarga sederhana di mana ayah saya tidak ada pendapatan tetap. Kalau ada untung, ada lah hasil. Kalau tak da, tak da la. Ibu saya seorang suri rumah sepenuh masa.
Memang sejak kecil saya suka berniaga sebab saya suka “instant cash”. Tapi bukan skim cepat kaya ya. No no no! Prinsip ibubapa saya, you want it, you go and get it. Jealous jugak tengok budak budak lain baya saya bila tunjuk je dapat, tapi kalau saya nak something, mesti kena usaha sendiri, sampai sekarang
Macam2 yg saya jual masa sekolah rendah, menengah, universiti sampai sekarang. Nasi lemak, rojak buah, keropok, anti radiation sticker, planner, telefon, air minuman, food packs, memang macam2. Macam astro dah, macam2 .
Tapi tak ada yang kekal sbb benda bermusim. Contoh saya masa air Overdose viral dulu, jual overdose, untung. Tapi bila musim dah takda, 1 air sehari pun susah jual. Last2 air basi mcm tu je. Stock yang ada pun terpaksa di lelong sbb takda market.
So 2 tahun lepas saya berniaga foodpacks untuk tampung kos yuran kursus Master di UNIMAS yang saya nak ambil. Saya memang kena usaha sendiri.
Waktu tu, nak kena hantar foodpacks ke office/rumah customer. Masa tu penat dia ya ampunnnn!
Bangun before subuh dah kena masak, lepas masak kena pack, lepas pack kena hantar, lepas hantar beli pulak barang untuk masak esok, balik rumah dah kena sediakan barang2 untuk masak esok pagi, tido lewat, bangun awal dan repeat cycle yang sama setiap hari.
Saya terlalu sibuk kejar duit walaupun hasil tak banyak sampaikan ayah saya kecil hati sebab dia rasa saya dah takda masa dengan dia. Ohh.. just for info, saya memang sangattt rapat dengan ayah saya. Sangat rapat.
Okay, sini la bermulanya journey saya
Kita dah tau kan yang TWB wujud sejak 2015, makna nya sejak 2015 la saya dengar pasal TWB. Tapi benda asing, jadi saya ignore.
Bila sepupu saya recommend untuk join TWB (masa tu tak silap RM99 je), pun saya ignore dengan alasan banyak commitment dan tak ada modal (Degil, keras kepala).
Betul orang kata, kalau hati tak berkehendak, cakap la apa pun, semua kita rasa tak boleh. Masa tu saya bukan tak yakin dengan bisnes mobile spa TWB, bukan saya tak percaya dengan sepupu saya, tapi saya tak yakin dengan diri saya sendiri!
Saya jenis suka berniaga, suka instant cash tapi jenis berat mulut. Sebab takut orang judge
“Eh, boleh ke aku nak berniaga”
“Ada tak org nak beli”
“Nanti pos sana sini orang annoyed”
“Nanti orang ingat aku desperate nak duit”
Alasan. Alasan. Alasan. Masa tu ingat nak tukar je nama dari Aina jadi Aina-san sebab banyak sangat alasan
Ingat tak yang saya cakap saya seorang yang masih muda tapi berkomitment tinggi? Tau sebab apa?
Nak dijadikan cerita, Februari awal tahun ni, ayah saya yang merupakan seorang yang aktif berbasikal ditakdirkan jatuh sakit. 😔 Secara tiba2 okay. Hari ni aktif berbasikal, driving sana sini, esok nya masuk ICU, sampai ke hari ni tak boleh berjalan. Siap ada kad OKU dan bedridden.
Duduk tak boleh, suap diri sendiri makan pun xboleh. Nak kemana2 pun saya dan ibu yang kena angkat dia (dulu berat dia 100++kg)
Income ayah saya totally dah tak ada. Dah la berhutang sebab kena tipu orang. Pada masa tu saya memegang banyak status.
1. Anak kepada ayah yang sakit
2. Pengurus kewangan keluarga
3. Master student
4. Pengurus rumah
5. Kerja
Nak juggle 2 benda dalam 1 masa pun dah susah. Inikan banyak benda dalam 1 masa. Mana nak siapkan thesis Master lagi, mana nak kerja, mana nak jaga ayah saya yang sakit, mana jugak masa nak kemas rumah etc. Saya jadi pening, buntu. Saya nangis sampai dah tak ada air mata dah.
Saya tau saya mesti buat sesuatu atau kerja untuk survive diri, survive family
Saya ada 4 syarat/kriteria untuk saya bekerja.
1. Kerja mesti flexible sebab saya akan ada banyak off day untuk bawa ayah saya follow up di hospital. Kadang2 seminggu sampai 3 hari untuk ke hospital
2. Income mesti at least 2k ke atas dan ianya jadi main income keluarga sekarang
3. Ada masa untuk saya uruskan tentang pengajian & siapkan thesis saya
4. Ada masa untuk sendiri dan keluarga di rumah
Kalau ikut logik, ada ke orang nak hire orang dan diberikan kelonggaran2 di atas? Mana mau nya. Rugilah company. Baik upah pekerja harian
Bila fikir punya fikir, saya mesti keluar dari circle ni. Saya mesti ikhtiar something yang senang, simple, banyak masa tapi dapat duit
Jadi saya terfikir nak join TWB (Dah susah baru nak carik sumber).
Mula2 saya berfikir-fikir sendiri je. Nak fikir duit masa tu memang tak ada, ada pun untuk emergency.
Ye la, ayah saya masih kat ICU, saya sekeluarga tidur dekat walkway di Hospital Kerajaan. Sedih, duit cukup makan je
Nak prepare in case emergency perlu duit utk family/ bayaran ayah saya lagi
Jadi saya usulkan pada ibu saya. Ibu saya izinkan join TWB, tapi masalah yang sama. Mana nak carik modal dengan keadaan belanja keluarga yang besar pada ketika itu disebabkan ayah saya yang sakit. Keluar masuk hospital.
Saya mintak restu ibubapa saya, izin tunang saya, dan solat istikharah berulang2 kali.
Makin hari makin kuat instinct saya nak join TWB tapi masih tak yakin pada diri dan potensi diri saya sendiri.
Keesokkan harinya, saya hubungi sepupu saya yang dah join TWB since day 1 untuk bertanya. Niat nya untuk bertanya je. Tak terfikir pun akan join. Tapi bila dah masuk preview yang ke brapa kali ntah, saya jadi excited. “I MUST DO THIS, by hook or by crook”
Bukan untuk orang lain. Say tau ini je keputusan yang saya boleh ambil untuk senangkan diri dan keluarga.
Kalau nak cerita pasal modal, kalau ikut logic, saya tak pernah dapat pegang duit walaupun RM1000 dalam tangan.
Dapat duit, terus habis ke ubat-ubatan ayah saya. Dapat gaji, terus bayar itu ini. Jangan kata RM1000, RM300 pun susah nak ada on hand.
Tapi bak kata pepatah, there’s a will, there’s a way. Bila kita nakkan sesuatu sangat2, by hook or by crook, kita akan dapatkan nya, betul?
Macam kahwin. Kalau belah perempuan tetapkan RM10 ribu untuk hantaran, si bakal suami pulun kerja setahun ikat perut, buat part time etc untuk dapatkan duit hantaran.
Macam tu jugak untuk TWB. Sebab apa yang dilaburkan tu akan balik pada kita in no time. Modal adalah kekangan utama saya ketika hendak bermula.
SAYA SANGAT SUSAH HATI TENTANG MODAL...!!!!
Dengan komitment di rumah, ayah yang sakit, ubat-ubatan dan hospital, duit makan, duit untuk adik di Universiti dan duit untuk saya sendiri yang sedang belajar dan bekerja.
Sampaikan saya rasa kadang-kadang saya memegang terlalu banyak tanggungjawab.
Hanya Allah yang tahu.
Disebabkan saya yakin dengan sistem dan support TWB, saya korbankan duit kecemasan dan kahwin yang saya kumpul selama ni sebagai modal sebab it’s proven dalam masa sebulan dua akan balik modal.
Itu pun bukan senang saya nak guna duit kahwin tu atas beberapa sebab. Bukan saya boleh ambik macam tu je. Tak! Duit tu je yang tinggal utk sara family kecik saya ni
Kalau ada emas, nak je saya pajak sebab dalam sebulan dua dah boleh tuntut balik. Tapi apakan daya, emas pun tak banyak.
Chat punya chat dengan Puan Affni, within that few days tu jugak saya terus buat payment dan beli ticket ke KL dari Kuching, Sarawak.
Kenapa? Bukan trainer ada di Kuching ke? Puan Affni pun ada offer saya untuk dia datang Kuching.
Yes, boleh. But that will take time. Kena tunggu queue or jadual training. Tapi saya nak buat duit as fast as i can.
Sebab saya tahu saya terdesak. Saya tau habis je saya training saya dah boleh jana duit.
So duit tiket flight lagi! Bukan sikit-sikit kos kalau beli tiket last minute tau.
Duit celah mana saya korek? Tabung kahwin / Tabung emergency 😂. Ini memang berserah je kat Allah sbb yakin pada potensi mobile spa under TWB.
Lagipun saya dah minta petunjuk Allah dengan istikharah. Dan memang ini petunjuk yang saya dapat. Saya yakin dengan hati saya, keputusan saya, doa ibu saya
Pada cuti hari Malaysia, saya fly ke KL. Saya training pada 16hb Sept dan bercadang untuk launch pada 22th Sep
Tapi malangnya pada hari tersebut, ayah saya di kejarkan ke hospital dan di admit ke wad lagi!
Sampailah hari nii ayah saya masih di Hospital.
Jadi saya rasa kaki saya terikat. Takda masa, commitment banyak. Kerja, study, family, rumah. Saya jadi down. Padahal dah training, barang semua dah ada complete.
Ada 3 sifat yang buat saya kuat. Saya tamak, saya tak sabar dan saya suka instant cash.
Sebab saya tamak opportunity ni la saya sign up untuk mobile spa under TWB sebab senang2 boleh buat INSTANT CASH!
Sebab saya tak sabar la saya terus fly ke KL untuk training walaupun menurut Pn Affni, jadual training tengah penuh.
Jadi pada 28hb September yang lepas, saya launch spa saya.
Alhamdulillah sekarang apa yang saya dapat lebih 2x ganda dari modal yang saya laburkan dulu
Satu perkara mengenai saya adalah saya tak suka hutang. Bila tengok ayah saya tiba2 sakit dan tinggalkan hutang pada keluarga, saya jadi takut akan jadi macam tu. Bila mana saya rasa saya tengah berhutang dengan tabung kahwin saya, saya cepat2 usahakan untuk dapatkan RM1999 balik.
Jadi on the first day saya ada seorang customer je. Bagi saya it’s a good start. Ye la, tamak pun berpada2.
Hari pertama saya dapat RM109. Bila kita ada sistem yang kuat dan elok, kita tak perlu promo beria. Customer yang merasa servis kita bagus yang akan automatically spread the news around.
P/s: Sampai sekarang customer first saya ni loyal pada saya tau.
Maximum sehari saya ada 4 customer. Tu pun saya buat lepas waktu bekerja dan hujung minggu sahaja.
Sekarang saya kerja dengan masa yang flexible, income insyaAllah atas 3k sebulan dan ada masa untuk saya sendiri dan rumah.
Saya boleh take turn dengan ibu saya untuk jaga ayah saya, saya boleh masak hari2 untuk parents saya (benda yang saya xboleh nak commit masa kerja dulu), saya boleh pergi shopping masa orang lain kerja (banyak parking, jalan pun xjem)
Saya balik modal dalam masa 12 hari tu secara part time tau
Masa tu saya masih kerja makan gaji 8pagi ke 5petang
Lepas office hour dan hujung minggu je 12 hari dapat modal balik. Penangan sistem TWB ni lain macammm.
Tapi sekarang saya dah berhenti kerja sebab income saya buat mobile spa ni lagi masyuk dari saya kerja dengan orang dan terikat dengan masa.
Skrg saya bebas nak cuti mana2 hari, bebas nak jaga ayah saya bila2 saya suka tapi masih dapat duit hehe. Kawan2 pun nampak saya makin happy dan enjoy dengan apa yang saya buat sekarang ni
Mula-mula customer akan opt untuk pakej yang murah, bila dia suka dengan cara dan servis yang TWB ajar tu, tengah2 facial dia akan mintak “upgrade” pakej.
Banyak kali customer saya yang nak ambik basic package yang harga puluh2 je, tengah2 facial bila dia rasa sedap kita layan dia bagai permaisuri dengan cara TWB ajar, dia terus upgrade ke pakej dekat nak 100.
4 hari je dapat dekat nak seribu. Alhamdulillaaahhh |
Dan sekarang saya masih terkejut saya dah balik modal dan ianya hanya dalam masa 12 hari!
TWB bukan je ajar kita tentang teknik facial dan spa, tapi yang paling penting macam mana nak bina bisnes tu lepas kursus. Database, cara marketing, support group
Thats the beauty of TWB ❤️
Saya rasa tu saja sharing saya pada hari ni.
Semoga ia bermanfaat dan membuka mata pada semua yang kita semua mampu realisasikan impian kita.
Just minta pada Dia dan kita usaha sungguh-sungguh sampai dapat.
Pesan saya satu. Untuk yang baru nak mula kejar cita2 anda sementara momentum tu masih ada. Berimpian dan buat, dengan berimpian tapi tak buat tak sama tau. Jgn jadikan benda2 negative sebagai alasan untuk kita terus duduk diam nak harapkan rezeki turun dari langit hihi.
Aina,
Beautician Alumni TWB.
___________________________________________________
Jika anda ingin menyertai team THE WALKING BEAUTY,
hubungi saya di 010-9677884 (Fila)
untuk maklumat lanjut.
No comments:
Post a Comment