f Fila Callista: Kisah 5 : Saat Magika bersama TWB

Pages - Menu

Kisah 5 : Saat Magika bersama TWB

Kisah 5 : Saat Magika bersama TWB


_______________________________________________________

Waktu mila ambil keputusan untuk mulakan bisnes spa TWB ini, mila tak percaya tau. Mila bukan orang yang aktif kesana-kemari. Mila wanita yang suka banyak habiskan masa di rumah bersama keluarga. Tapi sesekali mila paksa juga diri drive nak pergi ke tempat dekat-dekat.Berusaha juga untuk tidak menjadi seorang anti-social -.-

MALU


Ya. Normal la kita akan rasa malu, takut dan fikir macam-macam untuk satu benda baru nak mula. Tapi bagi mila malu dan takut sampai tak mampu buat apa-apa adalah sikap orang 10 tahun lepas. 10 tahun lepas tak ramai berani nak redah buat bisnes online kan. Tapi kalau tahun 2018 nak bisnes yang simple macam TWB tapi makan masa berbulan-bulan fikir. Maaf cakap..kita mungkin dalam kategori ketinggalan zaman.

Bisnes spa bergerak tanpa kedai, Home & Mobile spa. Walaupun tak familiar sangat dengan jenis bisnes ini, Mila pilih untuk REDAH. Masalah & cabaran kita fikir kemudian. Redah sebab kita akan belajar, kita tak dibiar kesorangan. Yakin Allah sentiasa akan bantu.

Ya. Walupun dah pernah pecahkan satu tembok dalam diri iaitu decide untuk REDAH sertai TWB. Tapi banyak lagi cabaran menanti.

Nak training spa, tapi perut dah ke depan (mila tengah sarat mengandung 8 bulan setengah)

Lepas training, nak run bisnes spa lagi. Dengan sarat nye. Dengan nak hadapi situasi baru ( menjaga 2 orang anak).

Macamana ? Macamana ? Macamana ?


Ting !


Magic !


Magic nya adalah apabila dalam hati kita TERRRlalu lalu yakin bahawa Allah akan bantu. Apa sahaja yang bakal kita buat, walaupun tak tahu hujung pangkal lagi. YAKIN. Nak buat perkara baik Allah kan ada :)

12 November 2017 akhirnya berjaya juga training spa walaupun mengah kauuu  :P Happy sangat. I'm certified agent spa TWB now !!!


Dan terlalu banyak magic berlaku lagi dan lagi sepanjang 5 bulan mila sertai TWB. Percaya tak, perkara yang mila tak sangka boleh buat sebelum ni, mila berjaya buat ! Sampai tepuk tepuk pipi, ya Allah...betul ke aku dah sampai tahap ni  :D Alhamdulillahhh

First time dapat client Mobile Spa. Waktu ni dah sarat sangat dah..tapi Allah bagi kekuatan. Terima kasih Allah :')


First income spa yang mila dapat sebelum bersalin. Memang niat dari awal, duit dapat sebelum bersalin tu nak bagi parents sebab jagakan mila semasa dalam pantang. Alhamdulillah tercapai :)


Mila pulun facialkan seberapa ramai yang mungkin. 6 orang mila facialkan semasa sarat mengandung ! Last client mila ambil semasa post date 40 weeks 2 days hahaha. Punya lah Magic. Kuasa Allah semua ni :)

Magic Magic Magic


Dan magika ni akan berterusan selagi mila berada dalam TWB ini insyaAllah. Shaklee juga dah keluarkan produk skincare terbaru :: Youth Skincare :: yang mana tengah viral sekarang ! 8 tahun penyelidikan uolls sebelum dilancarkan awal bulan March 2018 ini.  Of course lah bertambah-tambah magic apabila TWB menggunakan youth ni ketika ber spa hihi. 

Terus mencipta magika dengan aktif menjalankan bisnes spa dengan keadaan mila sedang ada baby kecil yang kuat mengempeng ni hahaha. Bukti bahawa, sesiapa sahaja mampu menjalankan bisnes spa TWB ni walaupun apa sahaja cabaran dan halangan. Sistem TWB sangat mudah dan berkesan. 


Sekarang mila adalah salah seorang Beautician Spa TWB yang aktif dan merupakan Trainer untuk agent spa yang baru :)

Mila,
Beautician Alumni TWB.

_____________________________________________

No comments:

Post a Comment

♥ Copyright © Fila Callista | All Rights Reserved | Design by Pawona Kreatif | Powered by Blogger