f Fila Callista: Jom Kenal !

Pages - Menu

Jom Kenal !

Assalamualaikum w.b.t semua.

Sebelum melangkah lebih jauh dalam bidang Blogger ni, ada baiknya saya perkenalkan diri saya kan.

Saya, Dafila binti Zulai. Nama manja di facebook Cik Fila. Jadi bolehkan kalau Cik Fila guna nama tu untuk bidang penulisan disini juga. Cik Fila berumur 24 tahun. Hidup Cik Fila biasa biasa sahaja. Cik Fila suka berangan. Pernah juga berangan kahwin dengan anak raja. Hehehehhe...

Hidup Cik Fila pun biasa biasa sahaja. Bukan anak orang kaya atau artis atau orang ternama. Cik Fila cuma anak kampung kepada Enccik Zulai dan Puan Mahani. Ada dua kakak yang masing masing berumur 36 tahun dan 34 tahun.

Cik Fila ini bukan spesis yang pemalu sangat. Kalau bercakap pun suara besar, gelak tak ingat dunia jugak kadang kadang cik Fila ni.

cukup la kot setakat ni. Nanti kenal cik Fila lebih dalam ye. Ada banyak masa lagi nak kenal cik Fila nanti. in shaa Allah.

cik Fila
Penjual Shaklee
Sarawakian.

1 comment:

♥ Copyright © Fila Callista | All Rights Reserved | Design by Pawona Kreatif | Powered by Blogger