f Fila Callista

Pages - Menu

PELUANG BISNES SHAKLEE - 3C

Assalamualaikum semua. Jumpa kembali kita bertaut dalam satu laman sosial style lama tapi masih berbisa ini kan? Sekian lama Cik Fila tak update blog dan kali ini cik Fila kembali lagi.

Kali ini cik Fila nak kongsikan sesuatu yang menarik buat semua.

Dalam apa Bisnes sekalipun, kita pasti nak tahu apa peluang yang ada dalam bisnes tersebut kan?

Dan pastinya korang tahu cik Fila mesti nak terangkan apa peluang yang kamu semua dapat dengan bisnes Shaklee.

Apa kelebihan bisnes Shaklee ni yang buat cik Fila setia dari 2013 hingga sekarang?
Paling senang nak ingat bila sebut je Shaklee, ingat 3C.

1. CASH - atau kita lebih kenal sebagai Tunai.

Apabila anda seorang pengedar sah shaklee, sudah tentu anda akan mendapatkan untung runcit hasil jualan produk dengan harga pasaran. Ini salah satu cash yang akan anda nikmati. Cash lain seperti apabila anda mencapai point tertentu, Shaklee akan masukkan bonus shaklee sesuai dengan hasil jualan anda pada bulan tersebut. Ini merupakan "personal bonus" dalam shaklee.

Kelebihan lain bonus Cash Shaklee ialah apabila anda merupakan seorang leader iaitu terdapat pengedar yang berdaftar dibawah nama anda, anda akan mampu menikmati "bonus leadership".

Cash bonus dari Shaklee adalah "unlimited".  Ada tahap pengedar sah shaklee dapat 6 angka cash bonus. Shaklee tak pernah hadkan berapa banyak bonus kita boleh dapat. Shaklee akan bayar bonus kita berdasarkan apa yang kita LAYAK dapat. Kalau kita buat banyak, maka banyaklah kita dapat.



2. CAR - BONUS KERETA

Kelebihan Bisnes Shaklee ni, Shaklee bukan bagi sebuah kereta untuk pengedarnya, tetapi bonus kereta ini berbentuk Tunai dan boleh dinikmati seumur hidup. Kami di Shaklee mengganggap bonus kereta ini merupakan pencen buat kami dalam perniagaan Shaklee.

Angka bonus kereta ini akan semakin besar jika bonus bulanan besar. Untungkan? Kalau tanya cik Fila of course semua yang serius dalam bisnes Shaklee berjuang untuk dapatkan Car Bonus dari Shaklee.

Shaklee pula tidak menetapkan duit ini khas untuk membeli kereta sahaja. Once anda dah dapat, terpulang kepada anda untuk menggunakan tunai tersebut samada nak jadikan saving, masukkan dalam tabung haji atau sebagainya. DOUBLE UNTUNG!

Cik Fila kepilkan gambar leader cik Fila yang berjaya dapatkan Car Bonus ini.



3. CONVENTION - PERCUTIAN

Melancong secara PERCUMA dengan taraf 5 bintang siapa taknak kan? Apabila kita dalam dunia perniagaan, sudah tentu kita mahukan rewards yang berbaloi dengan usaha kita. Dan dalam Shaklee it PAID OFF!

Berbaloi sangat usaha setiap hari apabila Shaklee tawarkan pakej melancong bertaraf 5 bintang ke luar negara. Baru baru ini, mereka baru sahaja balik dari US, untuk menghadiri International Conference dan semuanya percuma. laguage sekali siap Shaklee bagi.

Bertuahkan pengedar pengedar sah Shaklee ni.

Semua 3C yang cik Fila bagitahu tadi semuanya berbaloi dan sangat mengujakan. Cik Fila juga sedang berusaha untuk mencapainya. Doakan cik Fila ya semua.






Cik Fila suka tengok gambar gambar ni, nak jadikan satu semnagat untuk berusaha.

Part usaha ni semua benda kita buat kita kena usaha tau, bukan senang senang nak dapat. Even orang yang berjaya yang kita kenal sekarang seperti Ustaz Ebit Lew, Tuan Afnan, Dato Azizan Osman, Dato Seri Siti Nurhaliza , mereka semua bermula dari bawah. Dan makan masa bertahun untuk berada dimana mereka berada sekarang.

Jadi, doakan cik Fila yang juga bermula dari bawah ini untuk berjaya seperti mereka. InshaaALLAH Aminnn.

Sekian Salam 3C SHAKLEE dari cik Fila.

cik Fila,
TeamJutawan,
010 -9677884

5 KISAH WANITA PEROLEH PENDAPATAN 4-5 ANGKA DENGAN MOBILE SPA

Assalamualaikum semua. 

Hari ini dengan izin Allah jari jemari ini masih mampu menari di atas keyboard untuk menulis sesuatu yang bermanfaat buat bacaan semua.

Kisah yang Cik Fila akan kongsikan tidaklah sehebat kisah cinta Puteri Diana, dan tidaklah seindah kisah Cinderella.

Tapi kisah yang bakal anda baca di entry blog ini adalah kisah 5 Wanita yang diizinkan Allah bertemu dengan The Walking Beauty.



Kisah yang mungkin ramai orang tak tahu disebalik kejayaan yang mereka perolehi sekarang terdapat seribu satu duka sidebaliknya.

Namun alhamdulillah kini mereka berlari mengecapi kebahagian yang seperti ALLAH janjikan, "sesiapa yang berusaha psati akan tuai hasilnya"

Ini lah mereka.

Klik link dibawah setiap satu gambar mereka.


KISAH 1




~~~~~~~~~~~

KISAH 2



~~~~~~~~~~~~~

KISAH 3



~~~~~~~~~~~

KISAH 4




~~~~~~~~~~

KISAH 5





Inilah mereka, yang menjadi sumber inspirasi saya sebagai orang yang mengejar kajayaan dan cita cita. Dalam dunia ini tidak ada perkara yang mustahil untuk kita lakukan.

Yakin dengan Allah! Itu saja kata kuncinya.

Semoga kalian yang membaca mendapat mamfaat dari kisah mereka. Sekian sahaja coretan saya kali ini hingga jumpa lagi di entri akan datang.



Kisah 5 : Saat Magika bersama TWB

Kisah 5 : Saat Magika bersama TWB


_______________________________________________________

Waktu mila ambil keputusan untuk mulakan bisnes spa TWB ini, mila tak percaya tau. Mila bukan orang yang aktif kesana-kemari. Mila wanita yang suka banyak habiskan masa di rumah bersama keluarga. Tapi sesekali mila paksa juga diri drive nak pergi ke tempat dekat-dekat.Berusaha juga untuk tidak menjadi seorang anti-social -.-

MALU


Ya. Normal la kita akan rasa malu, takut dan fikir macam-macam untuk satu benda baru nak mula. Tapi bagi mila malu dan takut sampai tak mampu buat apa-apa adalah sikap orang 10 tahun lepas. 10 tahun lepas tak ramai berani nak redah buat bisnes online kan. Tapi kalau tahun 2018 nak bisnes yang simple macam TWB tapi makan masa berbulan-bulan fikir. Maaf cakap..kita mungkin dalam kategori ketinggalan zaman.

Bisnes spa bergerak tanpa kedai, Home & Mobile spa. Walaupun tak familiar sangat dengan jenis bisnes ini, Mila pilih untuk REDAH. Masalah & cabaran kita fikir kemudian. Redah sebab kita akan belajar, kita tak dibiar kesorangan. Yakin Allah sentiasa akan bantu.

Ya. Walupun dah pernah pecahkan satu tembok dalam diri iaitu decide untuk REDAH sertai TWB. Tapi banyak lagi cabaran menanti.

Nak training spa, tapi perut dah ke depan (mila tengah sarat mengandung 8 bulan setengah)

Lepas training, nak run bisnes spa lagi. Dengan sarat nye. Dengan nak hadapi situasi baru ( menjaga 2 orang anak).

Macamana ? Macamana ? Macamana ?


Ting !


Magic !


Magic nya adalah apabila dalam hati kita TERRRlalu lalu yakin bahawa Allah akan bantu. Apa sahaja yang bakal kita buat, walaupun tak tahu hujung pangkal lagi. YAKIN. Nak buat perkara baik Allah kan ada :)

12 November 2017 akhirnya berjaya juga training spa walaupun mengah kauuu  :P Happy sangat. I'm certified agent spa TWB now !!!


Dan terlalu banyak magic berlaku lagi dan lagi sepanjang 5 bulan mila sertai TWB. Percaya tak, perkara yang mila tak sangka boleh buat sebelum ni, mila berjaya buat ! Sampai tepuk tepuk pipi, ya Allah...betul ke aku dah sampai tahap ni  :D Alhamdulillahhh

First time dapat client Mobile Spa. Waktu ni dah sarat sangat dah..tapi Allah bagi kekuatan. Terima kasih Allah :')


First income spa yang mila dapat sebelum bersalin. Memang niat dari awal, duit dapat sebelum bersalin tu nak bagi parents sebab jagakan mila semasa dalam pantang. Alhamdulillah tercapai :)


Mila pulun facialkan seberapa ramai yang mungkin. 6 orang mila facialkan semasa sarat mengandung ! Last client mila ambil semasa post date 40 weeks 2 days hahaha. Punya lah Magic. Kuasa Allah semua ni :)

Magic Magic Magic


Dan magika ni akan berterusan selagi mila berada dalam TWB ini insyaAllah. Shaklee juga dah keluarkan produk skincare terbaru :: Youth Skincare :: yang mana tengah viral sekarang ! 8 tahun penyelidikan uolls sebelum dilancarkan awal bulan March 2018 ini.  Of course lah bertambah-tambah magic apabila TWB menggunakan youth ni ketika ber spa hihi. 

Terus mencipta magika dengan aktif menjalankan bisnes spa dengan keadaan mila sedang ada baby kecil yang kuat mengempeng ni hahaha. Bukti bahawa, sesiapa sahaja mampu menjalankan bisnes spa TWB ni walaupun apa sahaja cabaran dan halangan. Sistem TWB sangat mudah dan berkesan. 


Sekarang mila adalah salah seorang Beautician Spa TWB yang aktif dan merupakan Trainer untuk agent spa yang baru :)

Mila,
Beautician Alumni TWB.

_____________________________________________

Kisah 4 : Suami Hilang Pekerjaan Serta Merta, Surirumah Bangkit Menyara Kehidupan Dengan Bisnes Mobile Spa

Kisah 4 : Suami Hilang Pekerjaan Serta Merta, Surirumah Bangkit Menyara Kehidupan Dengan Bisnes Mobile Spa 


___________________________________________



Nama saya Shamira Binti Mohammad Nasir berumur 24 tahun berasal dari Kedah.

Berkahwin, belum ada rezeki anak 😊

Sebelum join TWB saya adalah suri rumah sepenuh masa. Sebab suami tak izinkan saya bekerja. 

Pernah buat pelbagai pekerjaan dan pekerjaan terakhir saya adalah operator pengeluaran di sebuah kilang bertempat di Hitech Kulim, Kedah.

Itulah keja saya dulu.. Ambik barang, kalau tinggi kena panjat di celah-celah rak tu. Tangga? Kongsi 10 orang tak sempat nak ambik kejar output.. Siapa biasa keja kilang dia faham.. 🤣


Ini kalau mak mentua nampak tak hengeen dia nak buat menantu 😆

Sekarang.. 

Alhamdulillah.. Saya adalah a proud working at home wife.

Okay.. Itu baru mukadimah tentang saya.. Boleh saya teruskan tak? 😃

Ok now, serba sedikit tentang perjalanan saya sebelum bergelar beautician TWB.

Saya join training TWB pada 25 Mac 2018 di Bangi di rumah MAS. U all tahu tak? Ketika saya buat keputusan nak join TWB saya tak ada modal dalam simpanan walaupun Rm100. Sedih sangat bila ingat balik 😭😭

Dalam keadaan tak ada modal saat itulah saya betul-betul berserah & bergantung sepenuhnya pada Allah dan yakin 100% Allah akan bantu saya. Setiap hari saya positifkan diri dengan ayat 

"Antara tanda Allah nak beri sesuatu pada hambanya adalah dengan gerakkan bibir kita untuk meminta"

Dan.. 

Bayangkan lagi 5 hari nak training dalam tangan saya masih kosong macam-macam saya fikir! 

Tapi..!  Tapi kan.. 

Allah tu baik sangat! Dalam keadaan saya serabut Allah hantar seseorang untuk bantu saya, dia bukan sesiapa jauh sekali keluarga & adik beradik tak ada pertalian darah langsung! 

Dari Kedah ke Bangi sorang-sorang tau.. Rasa jauh jer perjalanan layan feeling padahal 4 jam je pun naik ets.

Okay.. Perjalanan saya tak berhenti disini. Setiap orang Allah beri ujian lain-lain.

"Twb Penyelamat Kewangan Keluarga"

Kenapa penyelamat?  TWB ni bomba ke? Mesti korang tertanya-tanya kan? Hehe..

Seminggu lepas berpuasa suami saya berhenti kerja, atas sebab yang dia sendiri tak boleh tahan. 

Walaupun gaji suami merupakan pendapatan utama keluarga kami tapi  Alhamdulillah tanpa gaji utama tersebut kami masih survive sehingga ke hari ini, suami belum dapat kerja di mana-mana tempat pun..

semua nak tahu ke macam mana kami survive? angkat tangan!

Okay.. sy teruskan.. yg lain sy tau.. tengah cari emotion angkat tangan la tue.

Macam mana kami survive? 

Tak susah pun.. Bila kita ada ilmu & skills. Percayalah senang gila nak buat duit dengan TWB.

Betul ke? 

Betul uolss.. Bayangkan suami berhenti macam tu jer.. Mana dapat gaji bila dia tak bagi surat 
Berhenti pulak dalam bulan puasa.. Nak buat persiapan raya lagi, sewa rumah, duit motor,duit kereta itu, ini macam-macam tau.. Bayangkan kalau tak kuat? Boleh perang dunia dengan suami. 

Tapi.. Ntahlah bila kita ada sesuatu sebagai backup kita takkan takut nak hadap tu semua.. Saya tak marah cuma macam tak percaya suami berhenti kerja, ceerr uolss yang kawen bayangkan suami korang benti kerja apa perasaan? 

Takut? 
Gelisah? 
Rasa nak mati?? 

Jangan pernah ada perasaan macam ni sebab Allah yang bagi rezeki kat kita. Bukan bos kat tempat kerja.

Berbekalkan ilmu dan skills yang ada saya dan suami mula susun strategi jeng! Jeng!

Saya mula buat promosi spa dan collect cust banyak-banyak. 

Suami pulak saya ajar cara nak promote kepakaran beliau dalam FB. Murah rezeki suami saya sekali up jer berpuluh komen mintak dibantu, suami saya mekanik serba boleh semua benda boleh repair.. Di kesempatan setiap kali cust mintak datang rumah, saya mesti akan ikut dan promote pada orang perempuan yang ada dalam rumah tu. 


Malu??  Lagi tebal muka dan malu kalau mintak duit kat orang..

Rumah kami dibahagi dua, sebelah spa sebelah bengkel suami

Mekanik VS Beautician TWB

Agak-agak korang yang mana duit masuk paling laju? 


Of course lah TWB! Setengah jam dah dapat duit tau.. 
Mekanik?  Tunggu lah 3 hari baru duit masuk.. 

Pernah tau sesak sangat tak ada duit.. Lauk dah habis.. Apa nak makan? Ya Allah sedih ingat balik. Tapi nak cerita jugak.. 

Tahu apa saya buat?  Saya buat offer facial murah-murah tapi bersyarat datang rumah sebab duit minyak kereta pun tak mampu nak isi pergi rumah cust. Tahu apa jadi?? 

Bersusun orang book slot dengan saya. Penat memang penat tapi berbaloi. 

Inilah cara saya survive..

Orang perempuan korang kena ada satu bisnes backup yang boleh dapat instant cash! 

Memang kita bersangka baik dengan Allah mintak dijauhkan dari ujian yang kita tak nak. Tapi andai kata terjadi jugak pernah bayangkan tak apa nak buat bila kita tak ada apa-apa?

TWB sebagai backup
- suami hilang kerja
- suami meninggal
- suami anda tak jumpa jalan pulang ke rumah 


Yeah.. kalau kita nak ubah hidup demi anak.. jangan jadikan anak sebagai alasan.

Banyak sangat tau kalau nak cerita macam mana TWB sebagai penyelamat kewangan keluarga saya, masa mula-mula kami suami isteri kerja sendiri strugle sangat.. 

Walau rasa susah tapi banyak lagi hikmah yang Allah beri disebalik ujian ini, antaranya.. 

✔ Nikmat kebebasan masa bersama.

Kalau dulu.. Nak buat apa & pergi mana pun mesti kena tunggu suami cuti.. Huhu.. Kadang tak dapat cuti berhuhu jelah.

 okay semua.. nak tau satu rahsia?

Rezeki TWB nih bukan setakat kami berdua jer tapi dapat kongsi bertiga.. 

Nih rahsia yang saya tak pernah cerita pada sesiapa walaupun di social media hanya keluarga & mentor saya ja tau.. Rakan-rakan pun belum tahu kecuali yang rajin datang rumah.. 

Dengan duit TWB saya dapat sara seorang anak tahfiz di kg saya.. Umur 15 tahun macam adik dengan kakak jer dengan saya tapi dia anggap saya macam mak dia.

Mungkin doa dari anak suci macam ni rezeki saya dan suami bertambah.. 

Baru-baru ni suami dapat buka bengkel sendiri, sujud syukur saya.. Walaupun kecik syukur.. Ini permulaan yang baik.

Tapi sekarang dah tak rahsia lah.
Yer.. anak ni tak ada masalah.. cma parent ja yg bermasalah.

Shamira,
Beautician Alumni TWB

_________________________________________

Jika anda ingin menyertai team THE WALKING BEAUTY, 
hubungi saya di 010-9677884 (Fila)
untuk maklumat lanjut.

Kisah 3 : Kehidupan seharian saya dibantu oleh TWB

Kisah 3 : Kehidupan seharian saya dibantu oleh TWB


__________________________________________________


BAGAIMANA TWB MEMBANTU HIDUP SEHARIAN?

Saya ada sorang adik lelaki yang OKU. Dia tak boleh jalan sejak dari kecil. Tahun ni umur dia dah 24 tahun.

Sebelum ni saya kerja, masa tu adik pun kecik lagi, mak pun kuat lagi. Tapi as time goes by, adik pun makin besar, badan dia naik mendadak (asbab makan ubat utk saraf), mak pun makin tua, sakit lutut etc.

So saya rasa saya kena do something. Yang boleh ringankan beban mak nak uruskan adik & kerja rumah. Tapi dalam masa yg sama boleh gain income jugak.



Masa tu saya memang dah start join twb masa saya kerja tu, tapi buat secara part time je la.

Long story short, saya ambik keputusan utk berhenti kerja & fokus 100% buat spa & shaklee.

Memang tawakkal ja masa tu.

Alhamdulillah, apa yg saya tak dapat buat masa saya kerja, saya dapat buat lepas sy buat keputusan utk fokus spa twb 100%.


  • DAPAT RINGANKAN KERJA MAK, 
  • ADA LEBIH MASA UNTUK TEMAN ADIK DIRUMAH tapi dalam masa yang sama 
  • MASIH BOLEH BAGI DUIT BELANJA KAT MAK AYAH.


InshaAllah bulan 5 ni nak bantu bagi dana untuk mak operation lutut, dan bulan 11 nanti nak hantar ayah pi umrah.

Next target nak umrahkan diri sendiri pulak bulan April tahun depan. InshaAllah.

Keyra,
Beautician Alumni TWB.

__________________________________________________


Jika anda ingin menyertai team THE WALKING BEAUTY, 
hubungi saya di 010-9677884 (Fila)
untuk maklumat lanjut.


Kisah 2 : 12 Hari Pulang Modal, Nekad berhenti Kerja!

Kisah 2 : 12 Hari Pulang Modal, Nekad berhenti Kerja!



_______________________________________________________


First of all, saya perkenalkan diri saya dulu. Saya Aina Syahira, dari Kuching Sarawak.

Saya merupakan ahli TWB yang baru join tengah bulan September tahun lepas. Umur 25 tahun, tetapi memikul tanggungjawab yang sangattttt besar & komitment yang sangat tinggi.


Saya dilahirkan di dalam keluarga sederhana di mana ayah saya tidak ada pendapatan tetap. Kalau ada untung, ada lah hasil. Kalau tak da, tak da la. Ibu saya seorang suri rumah sepenuh masa.

Memang sejak kecil saya suka berniaga sebab saya suka “instant cash”. Tapi bukan skim cepat kaya ya. No no no! Prinsip ibubapa saya, you want it, you go and get it. Jealous jugak tengok budak budak lain baya saya bila tunjuk je dapat, tapi kalau saya nak something, mesti kena usaha sendiri, sampai sekarang

Macam2 yg saya jual masa sekolah rendah, menengah, universiti sampai sekarang. Nasi lemak, rojak buah, keropok, anti radiation sticker, planner, telefon, air minuman, food packs, memang macam2. Macam astro dah, macam2 .

Tapi tak ada yang kekal sbb benda bermusim. Contoh saya masa air Overdose viral dulu, jual overdose, untung. Tapi bila musim dah takda, 1 air sehari pun susah jual. Last2 air basi mcm tu je. Stock yang ada pun terpaksa di lelong sbb takda market.

So 2 tahun lepas saya berniaga foodpacks untuk tampung kos yuran kursus Master di UNIMAS yang saya nak ambil. Saya memang kena usaha sendiri.

Waktu tu, nak kena hantar foodpacks ke office/rumah customer. Masa tu penat dia ya ampunnnn!

Bangun before subuh dah kena masak, lepas masak kena pack, lepas pack kena hantar, lepas hantar beli pulak barang untuk masak esok, balik rumah dah kena sediakan barang2 untuk masak esok pagi, tido lewat, bangun awal dan repeat cycle yang sama setiap hari.

Saya terlalu sibuk kejar duit walaupun hasil tak banyak sampaikan ayah saya kecil hati sebab dia rasa saya dah takda masa dengan dia. Ohh.. just for info, saya memang sangattt rapat dengan ayah saya. Sangat rapat.

Okay, sini la bermulanya journey saya

Kita dah tau kan yang TWB wujud sejak 2015, makna nya sejak 2015 la saya dengar pasal TWB. Tapi benda asing, jadi saya ignore.

Bila sepupu saya recommend untuk join TWB (masa tu tak silap RM99 je), pun saya ignore dengan alasan banyak commitment dan tak ada modal (Degil, keras kepala).

Betul orang kata, kalau hati tak berkehendak, cakap la apa pun, semua kita rasa tak boleh. Masa tu saya bukan tak yakin dengan bisnes mobile spa TWB, bukan saya tak percaya dengan sepupu saya, tapi saya tak yakin dengan diri saya sendiri!

Saya jenis suka berniaga, suka instant cash tapi jenis berat mulut. Sebab takut orang judge

“Eh, boleh ke aku nak berniaga”

“Ada tak org nak beli”

“Nanti pos sana sini orang annoyed”

“Nanti orang ingat aku desperate nak duit”

Alasan. Alasan. Alasan. Masa tu ingat nak tukar je nama dari Aina jadi Aina-san sebab banyak sangat alasan

Ingat tak yang saya cakap saya seorang yang masih muda tapi berkomitment tinggi? Tau sebab apa?

Nak dijadikan cerita, Februari awal tahun ni, ayah saya yang merupakan seorang yang aktif berbasikal ditakdirkan jatuh sakit. 😔 Secara tiba2 okay. Hari ni aktif berbasikal, driving sana sini, esok nya masuk ICU, sampai ke hari ni tak boleh berjalan. Siap ada kad OKU dan bedridden.

Duduk tak boleh, suap diri sendiri makan pun xboleh. Nak kemana2 pun saya dan ibu yang kena angkat dia (dulu berat dia 100++kg)

Income ayah saya totally dah tak ada. Dah la berhutang sebab kena tipu orang. Pada masa tu saya memegang banyak status.

1. Anak kepada ayah yang sakit
2. Pengurus kewangan keluarga
3. Master student
4. Pengurus rumah
5. Kerja

Nak juggle 2 benda dalam 1 masa pun dah susah. Inikan banyak benda dalam 1 masa. Mana nak siapkan thesis Master lagi, mana nak kerja, mana nak jaga ayah saya yang sakit, mana jugak masa nak kemas rumah etc. Saya jadi pening, buntu. Saya nangis sampai dah tak ada air mata dah.

Saya tau saya mesti buat sesuatu atau kerja untuk survive diri, survive family

Saya ada 4 syarat/kriteria untuk saya bekerja.

1. Kerja mesti flexible sebab saya akan ada banyak off day untuk bawa ayah saya follow up di hospital. Kadang2 seminggu sampai 3 hari untuk ke hospital
2. Income mesti at least 2k ke atas dan ianya jadi main income keluarga sekarang
3. Ada masa untuk saya uruskan tentang pengajian & siapkan thesis saya
4. Ada masa untuk sendiri dan keluarga di rumah

Kalau ikut logik, ada ke orang nak hire orang dan diberikan kelonggaran2 di atas? Mana mau nya. Rugilah company. Baik upah pekerja harian

Bila fikir punya fikir, saya mesti keluar dari circle ni. Saya mesti ikhtiar something yang senang, simple, banyak masa tapi dapat duit

Jadi saya terfikir nak join TWB (Dah susah baru nak carik sumber).

Mula2 saya berfikir-fikir sendiri je. Nak fikir duit masa tu memang tak ada, ada pun untuk emergency.

Ye la, ayah saya masih kat ICU, saya sekeluarga tidur dekat walkway di Hospital Kerajaan. Sedih, duit cukup makan je

Nak prepare in case emergency perlu duit utk family/ bayaran ayah saya lagi

Jadi saya usulkan pada ibu saya. Ibu saya izinkan join TWB, tapi masalah yang sama. Mana nak carik modal dengan keadaan belanja keluarga yang besar pada ketika itu disebabkan ayah saya yang sakit. Keluar masuk hospital.

Saya mintak restu ibubapa saya, izin tunang saya, dan solat istikharah berulang2 kali.

Makin hari makin kuat instinct saya nak join TWB tapi masih tak yakin pada diri dan potensi diri saya sendiri.

Keesokkan harinya, saya hubungi sepupu saya yang dah join TWB since day 1 untuk bertanya. Niat nya untuk bertanya je. Tak terfikir pun akan join. Tapi bila dah masuk preview yang ke brapa kali ntah, saya jadi excited. “I MUST DO THIS, by hook or by crook”

Bukan untuk orang lain. Say tau ini je keputusan yang saya boleh ambil untuk senangkan diri dan keluarga.

Kalau nak cerita pasal modal, kalau ikut logic, saya tak pernah dapat pegang duit walaupun RM1000 dalam tangan.

Dapat duit, terus habis ke ubat-ubatan ayah saya. Dapat gaji, terus bayar itu ini. Jangan kata RM1000, RM300 pun susah nak ada on hand.

Tapi bak kata pepatah, there’s a will, there’s a way. Bila kita nakkan sesuatu sangat2, by hook or by crook, kita akan dapatkan nya, betul?

Macam kahwin. Kalau belah perempuan tetapkan RM10 ribu untuk hantaran, si bakal suami pulun kerja setahun ikat perut, buat part time etc untuk dapatkan duit hantaran.

Macam tu jugak untuk TWB. Sebab apa yang dilaburkan tu akan balik pada kita in no time. Modal adalah kekangan utama saya ketika hendak bermula.

SAYA SANGAT SUSAH HATI TENTANG MODAL...!!!!

Dengan komitment di rumah, ayah yang sakit, ubat-ubatan dan hospital, duit makan, duit untuk adik di Universiti dan duit untuk saya sendiri yang sedang belajar dan bekerja.

Sampaikan saya rasa kadang-kadang saya memegang terlalu banyak tanggungjawab. 
Hanya Allah yang tahu.
Disebabkan saya yakin dengan sistem dan support TWB, saya korbankan duit kecemasan dan kahwin yang saya kumpul selama ni sebagai modal sebab it’s proven dalam masa sebulan dua akan balik modal.

Itu pun bukan senang saya nak guna duit kahwin tu atas beberapa sebab. Bukan saya boleh ambik macam tu je. Tak! Duit tu je yang tinggal utk sara family kecik saya ni

Kalau ada emas, nak je saya pajak sebab dalam sebulan dua dah boleh tuntut balik. Tapi apakan daya, emas pun tak banyak.

Chat punya chat dengan Puan Affni, within that few days tu jugak saya terus buat payment dan beli ticket ke KL dari Kuching, Sarawak.

Kenapa? Bukan trainer ada di Kuching ke? Puan Affni pun ada offer saya untuk dia datang Kuching.

Yes, boleh. But that will take time. Kena tunggu queue or jadual training. Tapi saya nak buat duit as fast as i can.

Sebab saya tahu saya terdesak. Saya tau habis je saya training saya dah boleh jana duit.

So duit tiket flight lagi! Bukan sikit-sikit kos kalau beli tiket last minute tau.

Duit celah mana saya korek? Tabung kahwin / Tabung emergency 😂. Ini memang berserah je kat Allah sbb yakin pada potensi mobile spa under TWB.

Lagipun saya dah minta petunjuk Allah dengan istikharah. Dan memang ini petunjuk yang saya dapat. Saya yakin dengan hati saya, keputusan saya, doa ibu saya

Pada cuti hari Malaysia, saya fly ke KL. Saya training pada 16hb Sept dan bercadang untuk launch pada 22th Sep

Tapi malangnya pada hari tersebut, ayah saya di kejarkan ke hospital dan di admit ke wad lagi!

Sampailah hari nii ayah saya masih di Hospital.

Jadi saya rasa kaki saya terikat. Takda masa, commitment banyak. Kerja, study, family, rumah. Saya jadi down. Padahal dah training, barang semua dah ada complete.

Ada 3 sifat yang buat saya kuat. Saya tamak, saya tak sabar dan saya suka instant cash.

Sebab saya tamak opportunity ni la saya sign up untuk mobile spa under TWB sebab senang2 boleh buat INSTANT CASH!

Sebab saya tak sabar la saya terus fly ke KL untuk training walaupun menurut Pn Affni, jadual training tengah penuh.

Jadi pada 28hb September yang lepas, saya launch spa saya.

Alhamdulillah sekarang apa yang saya dapat lebih 2x ganda dari modal yang saya laburkan dulu

Satu perkara mengenai saya adalah saya tak suka hutang. Bila tengok ayah saya tiba2 sakit dan tinggalkan hutang pada keluarga, saya jadi takut akan jadi macam tu. Bila mana saya rasa saya tengah berhutang dengan tabung kahwin saya, saya cepat2 usahakan untuk dapatkan RM1999 balik.

Jadi on the first day saya ada seorang customer je. Bagi saya it’s a good start. Ye la, tamak pun berpada2.

Hari pertama saya dapat RM109. Bila kita ada sistem yang kuat dan elok, kita tak perlu promo beria. Customer yang merasa servis kita bagus yang akan automatically spread the news around.

P/s: Sampai sekarang customer first saya ni loyal pada saya tau.

Maximum sehari saya ada 4 customer. Tu pun saya buat lepas waktu bekerja dan hujung minggu sahaja.

Sekarang saya kerja dengan masa yang flexible, income insyaAllah atas 3k sebulan dan ada masa untuk saya sendiri dan rumah.

Saya boleh take turn dengan ibu saya untuk jaga ayah saya, saya boleh masak hari2 untuk parents saya (benda yang saya xboleh nak commit masa kerja dulu), saya boleh pergi shopping masa orang lain kerja (banyak parking, jalan pun xjem)

Saya balik modal dalam masa 12 hari tu secara part time tau

Masa tu saya masih kerja makan gaji 8pagi ke 5petang

Lepas office hour dan hujung minggu je 12 hari dapat modal balik. Penangan sistem TWB ni lain macammm.

Tapi sekarang saya dah berhenti kerja sebab income saya buat mobile spa ni lagi masyuk dari saya kerja dengan orang dan terikat dengan masa.

Skrg saya bebas nak cuti mana2 hari, bebas nak jaga ayah saya bila2 saya suka tapi masih dapat duit hehe. Kawan2 pun nampak saya makin happy dan enjoy dengan apa yang saya buat sekarang ni

Mula-mula customer akan opt untuk pakej yang murah, bila dia suka dengan cara dan servis yang TWB ajar tu, tengah2 facial dia akan mintak “upgrade” pakej.

Banyak kali customer saya yang nak ambik basic package yang harga puluh2 je, tengah2 facial bila dia rasa sedap kita layan dia bagai permaisuri dengan cara TWB ajar, dia terus upgrade ke pakej dekat nak 100.

4 hari je dapat dekat nak seribu. Alhamdulillaaahhh

Dan sekarang saya masih terkejut saya dah balik modal dan ianya hanya dalam masa 12 hari!



TWB bukan je ajar kita tentang teknik facial dan spa, tapi yang paling penting macam mana nak bina bisnes tu lepas kursus. Database, cara marketing, support group
Thats the beauty of TWB ❤️

Saya rasa tu saja sharing saya pada hari ni. 

Semoga ia bermanfaat dan membuka mata pada semua yang kita semua mampu realisasikan impian kita.

Just minta pada Dia dan kita usaha sungguh-sungguh sampai dapat.

Pesan saya satu. Untuk yang baru nak mula kejar cita2 anda sementara momentum tu masih ada. Berimpian dan buat, dengan berimpian tapi tak buat tak sama tau. Jgn jadikan benda2 negative sebagai alasan untuk kita terus duduk diam nak harapkan rezeki turun dari langit hihi.

Aina,
Beautician Alumni TWB.
___________________________________________________


Jika anda ingin menyertai team THE WALKING BEAUTY, 
hubungi saya di 010-9677884 (Fila)
untuk maklumat lanjut.
♥ Copyright © Fila Callista | All Rights Reserved | Design by Pawona Kreatif | Powered by Blogger